Wal 'Asr
Sunday, February 26, 2012
Kisah Benar [Watak Seorang Suami Soleh]
Dikunyahnya satu- persatu makanan yang disediakan.
Senyap.
………………….
Selesai makan, lalu dia bangun dan keluar dari rumah.
Kembali ke rumah, dia serahkan garam kepada isterinya.
Rupa-rupanya, masakan isterinya tadi tidak bergaram.
Menjadi kelaziman keluarga tersebut, suami yang membelikan barang dapur. Hari itu, bila si isteri memasak, dia dapati garam sudah kehabisan. Dia teruskan memasak dan berdebar-debar menantikan respon suaminya. Si isteri pun solehah juga – tidak diberitahunya dia memasak tanpa garam. Bila suami makan, baru si suami tersedar yang dia terlupa membeli garam keperluan rumah. Si suami itu sekarang salah seorang tokoh agama terkenal di Kelantan.
Monday, February 20, 2012
Di Jalan Dakwah Ini..
JALAN DAKWAH adlh jln yg cukup panjang,sepanjang usia kita..
kdg2 kita akan lalui dgn jln yg berlopak dan rosak....
kdg2 kita akan melalui pemandangan yg indah di jln ini..
kdg2 jgk kita akan terpesona dgn barang2 yg dijual spnjg jln yg dilalui yg boleh menyebabkan kita terlupa ttg tujuan perjalanan kita...
kdg2 ada jgk yg keletihan di jln ini, maka tertidur kepenatan...
Sememangnya kita memerlukan shbt yg yg mampu berkonvoi bersama2 dlm perjalanan ini, yg tertidur DIKEJUTKAN KEMBALI. yg terpesona dgn barang2 yg dijual spnjg jln DIBERITAHU BHW GANJARAN DI AKHIR JLN INI LAGI LEBIH TERPESONA...
INILAH NILAI UKHUWAH DI JLN ALLAH SWT... MasyaAllah Tabarakallah..
Tuesday, February 14, 2012
Demi Masa
“Air yang tidak mengalir (statik), akan merosakkan air tersebut. Pemuda yang banyak masa kosong (tidak dinamik), akan dibunuh oleh masa kosong itu”
TENTUKAN NILAI SEAWAL PERJALANAN
Anda boleh mengambil sikap tidak mengendahkan hal ini, bekerjalah selagi mampu, kejarlah habuan material yang dikejar selama ini, tetapi anda perlu meneliti harga yang perlu dibayar. Perhatikan di mana korbannya? Harga dan korban itu mungkin rumah tangga, mungkin pesakit, dan yang paling besar, mungkin sistem itu sendiri.
PROVOKASI DEMI MASA DEPAN
Atas provokasi inilah, saya mengajak adik-adik di bangku pengajian, untuk menyemak hubung kait bidang ini dengan Tujuan Hidup mereka. Kenang kembali siapa mereka di alam ini? Kenal diri, dan kenallah Ilahi.
Kita sebagai hamba Allah, menjaga tali kita dengan Dia yang disembah. Yang diabdikan diri kepada-Nya. Ia hablun minaLlah.
Kita sebagai khalifah, menjaga tali kita dengan manusia ciptaan-Nya, kerana kita ditugaskan menjadi saluran kebaikan-Nya ke alam ini. Ia hablun minannaas.
Buat baik kepada sesama manusia, boleh dengan sedekah, boleh dengan memimpin tangan si buta di pinggir jalan. Namun sedekah hanya sekali sekala, orang buta bukan setiap hari kita jumpa. Jalan kebaikan yang paling utama, adalah pada menjadikan kerja sebagai ibadah. Memberi kebaikan kepada manusia, melalui pekerjaan yang dikurniakan Allah kepada kita.
JIKA KERJA JADI IBADAH
Jika kerja jadi ibadah, Allah adalah ‘CEO’ kita. The unsung hero beroleh quwwah, untuk terus membuat kebaikan, biar sekecil mana pun di mata insan.
Jika kerja jadi ibadah, ia jalan Taqarrub kepada Allah. Tidak tergamak menghambur dosa, kerja dibuat sebaik yang upaya.
Jika kerja jadi ibadah, biar sempit jalan KEPERLUAN, asalkan luas perjalanan mencapai TUJUAN.
Ubah paradigma, betulkan nilai pada kerja.
Teruskan cita-cita kalian... Ia cara terbesar, kamu zahirkan syukur kepada-Nya.
Kita hamba-Nya, kita Khalifah-Nya.
copy from ABU SAIF @ www.saifulislam.com
Replika dan Gambar Rumah Rasulullah SAW
Lalu, Rasulullah SAW bertanya kepadanya, “apakah yang membuat kamu menangis?”
Umar menjawab , “demi Allah, saya menangis setelah mengetahui bahawa engkau lebih mulia dari raja-raja dan kaisar. Mereka hidup sesuai dengan kemahuan di dunia (mewah dan kaya). Sementara engkau adalah Rasulullah(utusan Allah). Seperti yang saya lihat, engkau tidur di tempat seperti ini (sangat sederhana).”
Rasulullah SAW lalu bertanya, “bukankah kamu suka kalau mereka mendapat kesenangan dunia sementara kita mendapat kesenangan akhirat?”.
Umar menjawab, “ tentu, wahai Rasul.”. Kemudian Rasulullah SAW berkata lagi, “ Memang demikianlah adanya.” -(HADIS RIWAYAT AHMAD)-
Nabi kita adalah kekasih ALLAH, namun tak pernah punya rumah besar, apa yang ada cuma sebuah rumah yang terbahagi kepada ruang solat, ruang tamu, kamar Saidatina Fatimah Az-Zahra iaitu puteri bongsu baginda dan kamar Rasulullah sendiri.
Sementara rumah itu pula hanya beratap pelepah daun kurma bagi menghalang cahaya matahari daripada menembusi ruang dalam rumah. itu lah gambaran Rasulullah SAW yang dapat "tukanglawan" cari.
Dibawah ini adalah gambar replika binaan semula rumah berkenaan untuk renungan kita.
Diriwayatkan dari Aisyah ra, dia berkata, “Rasulullah SAW menghamparkan sebahagian tikar diwaktu malam dan baginda solat di atasnya. Baginda pun menghamparkan tikar itu disiang hari untuk tempat orang-orang duduk” -(HADIS RIWAYAT AL-BUKHARI DAN AL-BAIHAQI)-
Dibawah ini pula kesan-kesan runtuhan rumah Baginda
Di atas ini gambar sisa runtuhan rumah Nabi Saw & Sayyidah Khadijah as yang dilihat lebih dekat.
.
Gambar di atas ini adalah runtuhan pintu masuk ke kamar Rasul Saw di rumah Sayyidah Khadijah as
.
Di atas ini adalah Gambar runtuhan tempat Sayyidah Fatimah as, puteri kesayangan Rasulullah Saw dilahirkan.
.
Gambar di atas adalah sisa runtuhan kamar Rasul Saw dan Sayyidah Khadijah as.
.
Di atas ini adalah gambar runtuhan mihrab tempat Rasulullah saw bersolat.
Jikalau nak dibandingkan dengan rumah umat2nya sekarang…jauh berbeza sangat, dan kadang-kala rumah yang dibina itu bukan sekadar tempat berteduh, mungkin tidak salah miliki rumah besar yang selesa untuk keluarga, rumah yang besar dijadikan aras tanda kedudukan, lebih malang lagi ia jadi tanda bermegah-megah.
Moga kita hidup dalam kesederhanaa, miliki rumah besar itu tak salah, tapi biar berpada-pada, kerana masih ada insan yang duduk dibawah jambatan, apakah anda pernah terfikir untuk membantu mereka?
Mempelajari ilmu agama jihad paling mulia
DARIPADA Abu Musa, katanya, Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud:
Perumpamaan petunjuk dan ilmu pengetahuan yang Allah mengutuskan aku untuk menyampaikannya seperti hujan lebat jatuh ke bumi. Bumi itu ada yang subur menghisap air, menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan rumput yang banyak. Ada pula yang keras, tidak menghisap air hingga tergenang. Maka Allah memberi manfaat dengan ia kepada manusia. Mereka dapat minum dan memberi minum (binatang ternak dan sebagainya) dan untuk bercucuk tanam.
Dan ada pula hujan yang jatuh ke bahagian lain iaitu di atas tanah yang tidak menggenangkan air dan tidak pula menumbuhkan rumput. Begitulah perumpamaan orang yang belajar agama yang mahu memanfaatkan apa yang aku disuruh Allah menyampaikannya, dipelajarinya dan diajarkannya. Dan begitu pula perumpamaan orang yang tidak mahu memikirkan dan mengambil peduli dengan petunjuk Allah yang aku diutus untuk menyampaikannya.(Hadis riwayat al-Bukhari)
Tarbiyah (pendidikan) yang semestinya dilalui oleh setiap Muslim cukup banyak. Pelbagai tarbiyah yang dilalui sahabat Rasulullah hingga bukan saja menjadikan mereka memiliki iman teguh, bahkan membentuk menjadi generasi terbaik.
Allah berfirman bermaksud: "Dan sesungguhnya jika mereka melaksanakan nasihat yang diberikan kepada mereka, tentulah hal yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (hati mereka di atas kebenaran)." (Surah an-Nisa, ayat 66)
Maka, mempelajari ilmu agama termasuk medan jihad yang paling mulia. Dengan ilmu itu seseorang dapat berdakwah (menyebarkannya) kepada orang lain. Sekali gus, menjadikan imannya semakin kukuh dan bertambah. Dia menyuruh manusia melakukan perkara kebaikan dan melarang daripada melakukan perkara kejahatan (maksiat). Dalam erti lain bahawa dia bukanlah ulama bisu yang berlepas diri daripada apa yang berlaku di sekelilingnya.
Hal ini seperti sabda Rasulullah bermaksud:
Antara manusia, ada orang yang menjadi kunci kebaikan dan penutup kejahatan." (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Orang seperti ini juga sentiasa bergaul dengan ulama untuk mendengarkan nasihat mereka. Itulah sifat orang yang belajar agama yang mahu memanfaatkan apa yang dipelajarinya. Dengan itu, mereka mendapat pahala di dunia dan balasan yang baik di akhirat.
pasukan kedah 2010
Bangkitlah Wahai Jiwa Yang Tidur
Wahai-wahai jiwa yang tidur........bangkitlah,
Bangkitlah dari lamunan dan igauan di siang hari,
Akibat kekenyangan nafsu diri,Dan maksiat yang melingkari,
Serta angan-anganmu yang tak tahu berhenti,Apakah mata hatimu sudah tertutup,
Atau pekak menjadi tuli,Uamt islam diganasi ,Siang dan malam tanpa henti ,
Bumi yang panas ini sekali lagi menjadi saksi,Kekejaman yahudi "ZIONIS,
Mencabut nyawa sheikh kami,AHMAD YASSIN dan ABDUL RANTISI,Kau tembak mereka bukan dengan peluru biasa,Namun dengan pelancar yang bertubu-tubi ,
Dari jenama "AMERIKA,Bergegar tujuh petala langit,
Akibat kezaliman kamu yang tidak terperi,
Namun langkah perjuangan tetap diteruskan,Biar kami semua tumbang satu persatu ,
Namun ,akidah kami tetap kukuh,
Bagai bukut "JABAL NUR yangb memancar cahaya ILAHI,
Umat ini akan terus bangun,
Akan ada 1000 lagi seperti SYEIKH AHMAD YASSI dan "ABDUL AZIZ RANTISSI,Yang pernah berkata dari nurani suci
MENGINGATI AL MARHUM DATO HJ FADZIL MOHD NOOR
Setinggi kesyukuran dan pujian dipanjatkan ke hadrat Ilahi, pencipta sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, sekalian keluarga baginda, para sahabat dan tabi’in, seluruh pendukung gerakan Islam serta kaum muslimin dan muslimat.
Alhamdulillah, syukur sekali lagi ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, kami diberi peluang dan ruang untuk mencoretkan tentang seorang mujahid terulung tanahair kita iaitu Al-Marhum Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor.
Al-Fatihah……buat mujahid terulung Al-Marhum Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor…
Apabila mengenangkan pemergian Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor ke rahmatullah, maka sebak dada mengingatinya. Itulah perasaan yang mencengkam jiwa. Tapi yang pasti itulah ketentuan Ilahi terhadap hambanya. Namun, kami pasti lebih ramai lagi insan yang terkenangkan Al-Marhum, senada perasaan dengan kami. Itulah janji Tuhan, tiap-tiap yang hidup pasti akan mati.
Tanggal 23 Jun 2002, merupakan detik duka seluruh pelusuk tanahair, samada pendukung perjuangan Islam ataupun tidak, yang pasti pada tarikh itulah kita kehilangan seorang mujahid terulung. Untuk pertama kalinya dalam sejarah, apabila ratusan ribu manusia menziarahi jenazah Al-Marhum dan mengiringinya ke perkuburan buat kali terakhir.
Setelah meneliti keseluruhan kertas kerja ini, kami merasakan sesuatu yang cukup berharga yang ditinggalkan oleh Al-Marhum kepada kita. Kita ketahui bahawa Al-Marhum cukup hebat dalam perjuangan dalam menegakkan kedaulatan agama Islam di negara ini , samada dari sudut kepimpinan dan idealisme. Itulah pengiktirafan yang dianugerahkan kepada Al-Marhum samada kawan atau lawan.
Akhirnya, ribuan terima kasih diucapkan kepada Al-Fadhil Ustaz yang memberi peluang dan dorongan kepada kami dalam menyiapkan kertas kerja ini. Kami berharap dari kertas kerja ini agar dapat menjadi manfaat dan tunjang kepada menaikkan semangat perjuangan seperti yang ditunjukkan oleh ‘mujahid ulung’ tanahair kita ini. Sekian terima kasih......
YANG SEBENARNYA ZUHUD NI...............
PEMBAHAGIAN ZUHUD, TINGKAT DAN HUKUMNYA
Menurut Ibn Qayyim zuhud ada beberapa bahagian:
1. setiap orang islam itu wajib berzuhud dalam perkara yang haram.
2. zuhud dalam perkara yang syubhah, bergantung kepada tingkat syubhah. Jika syubhah itu lebih kuat maka dilebihkan padanya hukum wajib dan jika lemah maka dilebihkan kepada sunat.
3. zuhud dalam hal-hal yang berlebihan iaitu dalam hal-hal yang tidak dibolehkan seperti perkataan, pandangan, pertanyaan, pertemuan dan sebagainya. Zuhud ditengah manusia iaitu terhadap diri sendiri sehingga ia menganggap dirinya hina kerana Allah s.w.t.
4. zuhud yang menghimpunkan semua itu iaitu zuhud dalam perkara selain Allah. Zuhud yang paling baik adalah menyembunyikan sifat zuhud itu sendiri dan zuhud yang paling berat adalah dalam perkara yang menjadi bahagian diri sendiri.
JENIS-JENIS ZUHUD
Mengikut Abu Talib Al-Makki zuhud terbahagi kepada dua jenis:
1. zuhud aghniya' iaitu zuhud golongan kaya yang tidak langsung terpengaruh dengan hartanya bahkan mendermakannya ke jalan kebajikan demi mencapai keredhaan Allah.
2. zuhud fuqara' iaitu zuhud bagi golongan miskin yang sentiasa merasa redha dengan apa yang dimilikinya disamping tidak merasa tamak dan hasad terhadap golongan yang memilikinya.( Abu Talib Al-Makki, 1961: 1: 364)
Manakala Ibn Qayyim pula:
1. zuhud secara keseluruhan iaitu bukan melepaskan dunia ini dari tangannya tetapi mengeluarkan dunia ini secara keseluruhan dari hatinya meskipun dunia itu terpegang ditangannya. Contohnya khalifah umar abdul aziz yang menjadi contoh seorang khalifah yang zuhud meskipun simpanan-simpanan harta dunia berada dibawah kuasanya.
2. zuhud terhadap diri sendiri iaitu zuhud yang paling berat dan sukar. Zuhud ini mementingkan kehidupan akhirat yang kekal berbanding kehidupan dunia yang fana ini. Golongan ini tidak sesekali terpedaya dengan keindahan dunia bahkan bertawakkal kepada Allah dan mengharapkan keredhaan darinya.
SALAH FAHAM TERHADAP ZUHUD
Kebanyakan masyarakat tersalah anggap dan kurang jelas tentang maksud zuhud yang sebenar. Hal ini kerana zuhud berlaku dalam keadaan dan disertai dengan kemampuan serta kesempatan untuk mendapatkannya. Miskin tidak dapat dikatakan berzuhud dalam dari segi harta kerana mereka tidak mampu memilikinya tetapi yang disebut orang zuhud ialah yang menjauhinya. Sedangkan ia mampu untuk melakukannya.
Seperti yang kita ketahui makna zuhud bukan bererti meninggalkan atau lari dari tanggungjawab dan tuntutan habuan didunia seperti mencari nafkah untuk keluarga dan tanggungjawab sosial Agama islam sangat menitikberatkan terhadap kehidupan dunia disamping tidak mengabaikan tuntutan akhirat.seperti kata Abu al-Wafa al-Ghanimi al-Taftazani: "Zuhud itu bukanlah terputusnya kehidupan duniawi, akan tetapi merupakan hikmah pemahaman yang membuat seseorang memiliki pandangan khusus terhadap kehidupan duniawi itu. Mereka tetap bekerja dan berusaha, akan tetapi kehidupan duniawi itu tidak menguasai kecenderungan hatinya dan tidak membuat mereka mengingkari Tuhannya"(Abu al-Wafa al-Ghanimi al-Taftazani.1977, hlm. 54)
sebagaimana firman Allah taala dalam surah al-Qashash:77.
"Dan carilah pada apa yang telah dikurniakan Allah kepaadamu (kebahagian) negeri akhirat dan janganlah pula engkau melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi"
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda kepada seorang yang comot keadaannya lalu nabi menegurnya; "jika engkau mendapat harta nampakkanlah pengaruh nikmatnya"
Masyarakat muslim dituntut memilih dan berusaha bersungguh-sungguh di samping tidak melampaui batas syariat. Hal ini, bertujuan menjaga kepentingan diri, keluarga dan masyarakat. Agama islam adalah suatu agama yang menerangkan kepada ummatnya supaya berusaha bersungguh-sungguh seterusnya menjelaskan bahawa dunia ini adalah fana dan akhirat itu kekal abadi. Hal ini bertujuan supaya umat islam tidak terlalu leka dalam mengejar kesenangan dunia sehingga mengabaikan tuntutan akhirat.
Sabda nabi Muhammad s.a.w:
"Bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan berbuat amal saleh seolah-olah kamu akan mati esok hari"
Orang-orang zuhud dan ahli ibadah terdahulu lebih aktif kepada jenis ibadah yang pertama. Sehingga merasakan belum cukup dengan solat , puasa, membaca al-quran serta berzikir sebagaimana yang disebut dalam al-quran. Hal ini menyebabkan mereka melebih-lebihkan mengisi waktu siang dan malam untuk melaksanakan ibadah, sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap duniawi. Apa yang dilakukan oleh mereka sebenarnya menyebabkan mereka tidak berlandaskan konsep ibadah yang sebenarnya seperti yang dianjurkan oleh al-quran dan al-sunnah.
SEMINAR PERBANDINGAN AGAMA anjuran PERKIM UKM
AL ‘AQL DALAM PEMIKIRAN SAINTIFIK ISLAM : ANALISIS PANDANGAN TOKOH TRADISIONAL DAN TOKOH MODEN
PANDANGAN TOKOH TRADISIONAL DAN MODEN BERKAITAN AL ‘AQL
PANDANGAN TOKOH TRADISIONAL
Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa “Al-Aql” didefinisikan dengan pelbagai pengertian kerana ianya diterima pakai dalam pelbagai bidang oleh pihak yang berbeza orientasi pemikiran,matlamat dan metodologi [1].
Manakala di dalam kitabnya “Raudah At-Talibin” beliau mentakrifkan akal dengan dua pentakrifan.Definisi yang pertama akal dikenali sebagai ilmu mengenai pelbagai perkara,oleh itu ia merupakan ungkapan tentang sifat ilmu yang tersimpan di hati[2].Definisi yang kedua ialah akal merupakan daya yang menangkap atau memahami ilmu.Oleh itu ianya merupakan hati,iaitu daya halus yang merupakan hakikat manusia.Beliau juga berpendapat akal adalah sumber ,tempat terbitnya ilmu seperti mana buah yang terbit daripada pokok.
Manakala di dalam kitab masyhurnya “Ihya Ulum Al-Din” beliau berpendapat akal ialah sifat yang membezakan manusia dengan haiwan,ianya disediakan untuk manusia bagi menerima ilmu teoritis dan mentadbir kemahiran berfikir yang tersembunyi [3].
Selain itu juga beliau juga berpendapat akal adalah satu ilmu dan pengetahuan yang dapat mempastikan sesuatu kemungkinan terhadap perkara-perkara yang mustahil untuk berlaku dalam kehidupan manusia.
Manakala di dalam keadaan yang lain Abu Hamid Al-Ghazzali menolak fahaman ini,walaupun pada beliau pernah berkecimpung dalam ilmu dan bidang ini,Imam Al-Ghazzali juga pernah mengkafirkan golongan filosuf-filosuf kerana pendapat berikut:
- Kepercayaan tentang qadimnya alam dan keazalianya(tiada permulaan dan kekal)
- Tuhan tidak mengetahuiperincian terhadap kejadian-kejadian alam.
- Pengingkiran kebangkitan jasmani.
Kerana keraguanya dalam ilmu falsafah,Al-Ghazzali akhirnya beralih kepada ilmu tasawuf ,dan menjadi tokoh dalam ilmu tasawuf sehinggakan pemikirannya menjadi terkenal dalam dunia islam,Pemikiran pengaruh falsafah yunani yang sangat berkembang pada zaman Al-Kindi,Al-Farabi,dan Ibn Sina mengalami zaman keruntuhan akibat pengaruh Imam Al-Ghazzali[4].
Imam Al-Ghazali juga menunjukkan keterbukaan bagi mendekati disiplin ilmu mantiq.Beliau secara terbuka menerima ilmu mantiq dengan anggapan bahawa ia adalah alat bagi semua ilmu pengetahuan.Beberapa hasil karya yang dihasilkan adalah untuk menjelaskan kedudukkan ini kepada masyarakat di zamanya .yang sebahagiannya memandang jijik terhadap warisan Aristotle ini[5].
Walaupun beliau bersikap terbuka terhadap ilmu mantiq tetapi beliau amat berwaspada dengannya.Ini kerana terbukti bahawa terdapat golongan yang gagal mematuhi kaedah mantiq dalam rangka menegakkan pandangan peribadi.Menerusi kitabnya beliau mengkritik golongan yang telah melencong daripada lunas kebenaran .Beliau mengkritik ahli falsafah yang gagal menuruti kaedah mantiq yang telah disepakati dalam membahaskan persoalan ketuhanan.Kritikan ini telah dianggap oleh Ibn Taimiyyah sebagai membuktikan sikapnya terhadap disiplin ilmu mantiq yang amat dikagumi pada peringkat awal kehidupannya[6].
Berdasarkan kepada huraian diatas dapat dirumuskan al-Imam al-Ghazali telah menunjukkan sikap keterbukannya menerima mantiq Greek sebagai satu alat pengukur,penimbang,dan penentu kesahihan pandangan bagi ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh manusia.
Al-Farabi pula berpendapat akal manusia terbahagi kepada tiga jenis,yang pertama digelar sebagai “Al-Aql Al-Hayulani” juga disebut sebagai “Al-Aql Bil Al-Quwwah” yang menbawa maksud akal manusia sendiri.Akal ini mempunyai tenaga berfikir dan berusaha untuk melepaskan diri daripada unsur-unsur kebendaan [7].
Sementara jenis yang kedua pula,”Al-Aql bi Al-Fi’lu” iaitu yang Berjaya melepaskan diri dari unsur kebendaan .Tahap kedudukan ini adalah lebih tinggi daripada peringkat pertama kerana ilmu yang diperolehi melaulinya adalah dalam bentuk sebenar dan bersih dari kebendaan[8].
Manakala jenis yang ketiga ialah “ Al-Aql Al-Mustafad” yang berkedudukan lebih tinggi dari keduanya,hal ini kerana ilmu pengetahuan yang diperolehi melaluinya bersifat sempurna.
Secara kesimpulanya Al-Farabi menjelaskan kekuatan manusia adalah pada akalnya ,kerana denganya manusia perolehi kecerdasan,dapat membezakan yang baik dan buruk.Tambahan lagi dengan akal itulah manusia memperolehi seni dan pengetahuan dengan kekuatan fikiran juga ianya dapat menyatu dan memisahkan [9].
Ibn Taimiyyah pula berpandangan bahawa[10],begitu pandainya orang-orang yang menganut fahaman ilmu kalam itu menimbun dasar tingkah laku mereka yang sebenar,sehinggakan para ulama fiqh dan tasauf tidak mengetahui akibat kerosakan yang ditimbulkanya.Selain itu juga beliau menjelaskan ,bahawa ada beberapa orang yang menyusun kitab berkaitan ilmu kalam menggapnya sebagai dasar pengetahuan kaum muslimin ,padahal ilmu tersebut bersumberkan daripada orang-orang yahudi .
Selain itu juga Imam Ibn Taimiyyah juga ada mengarang kitab “Dar-u Ta’arudlil Aqli Wan Naqli” dan kitab “Minjahus Sunnah An –Nabawiyyah” untuk mengutuk fahaman ilmu kalam[11].
Sementara Ibn Rusyd menggunakan perkataan “hikmah” dan “syariah”.Penggunaan dua istilah ini sangat kurang dipopularkan dalam wacana ketegangan antara akal dan wahyu dalam islam.”Hikmah adalah istilah al-quran yang tidak pernah dipertentangkan oleh para ulama,termasuk yang ortodoks.Begitu juga dengan syariah.Di sini kita boleh melihat kebijaksanaan Ibn Rusyd dan kecerdikanya dalam memilih istilah.
Ibn Rusyd sendiri mentakrifkan “hikmah”dengan pengetahuan ,bahkan menurutnya “hikmah bukan sekadar pengetahuan biasa seperti matematik,fizik tetapi ianya adalah pengetahuan yang dasar,fundamental dan asas.[12]
Bagi beliau “hikmah” adalah falsafah,sementara syariah adalah ajaran yang terkandung di dalam Quran.Dengan dalil seperti itu Ibn Rusyd menganggap bahawa falsafah katadalah tidak haram dan mempelajarinya tidak dilarang islam.[13]
Terdapat juga ulama-ulama sufi yang mengecam fahaman ilmu kalam ,mereka adalah Syeikh Al-Ansari Al-Harwie dalam kitabnya “Dzammul Kalam”,Abu abdul Rahman As-Silmi,golongan ini selalu memohon perlindungan kepada allah agar dijauhi dari pengaruh ilmu ini.
Abu Thalib Al-Makki mengarang kitab berjudul “Qutul Qulub”makanan hati) sebagai penjelasan kepada orang-orang yang belum mengetahui ilmu kalam .Dan pada bab Dzikrul Ilmi dan Tariqus Salaf,beliau mengecam fahaman ini[14].
Manakala seorang tokoh islam yang lain iaitu Ibn Khaldun di dalam kitabnya yang terkenal iaitu Al-Muuqaddimah .Beliau telah memperkenalkan penggunaan akal fikiran melalui asas pemikiran berkaitan dengan budaya berfikir kritis yang sejajar dengan tradisi ilmu islam[15]
Penjelasan Ibn Khaldun dalam kitabnya Al-Muqaddimah tentang pemikiran kritis banyak terkandung dalam teorinya mengenai sejarah.Dalam memperkatakan perihal falsafah sejarah,beliau telah menggariskan beberapa budaya berfikir dengan menggunakan akal fikiran yang sihat yang bersifat kontra kepada pemikiran kritis dan kreatif.
Antara yang disentuh oleh Ibn Khaldun ialah keperluan akal manusia untuk bersikap teliti,tidak mudah percaya kepada sesuatu tanpa usul periksa ,bersika[ objektif ,adil,tidak bersikap taksub dan fanatik kepada aliran atau mazhab ,tidak berbudaya membodek pihak kuasa untuk mencapai kepentingan peribadi dan sebagainya.
Ibn Khaldun berkata antara sebab yang menghalang suburnya budaya menggunakan akal secara kritis dan kreritis dan kreatif adalah adanya sikap taksub dan fanatik terhadap mazhab dan kumpulan sendiri,Menurut beliau lagi seseorang yang berada dalam keadaan normal dan tidak dipengaruhi oleh sikap ketaksuban sudah tentu dia menerima berita,ia akan meneliti dan menyiasat kandungan berita atau fakta yang diterima dengan akal yang waras bagi mengenal pasti kebenaran dan kepalsuan sesuatu berita tersebut.Namun ,apabila akal tersebut telah diselaputi oleh perasaan ketaksuban yang melampau ,ianya hanya menerima apa-apa sahaja pandangan yang serasi dengan aliran mazhab yang dipegangnya tanpa meneliti dan menilai terlebih dahulu.Sifat tersebut akan menutup mata hati ,termasuk akalnya dari meneliti secara kritis dan kreatif dan hal ini akan mendorong berlakunya pembohongan dan ianya akan terus merebak dalam masyarakat[16]
PANDANGAN TOKOH KOTEMPORARI
Muhammad Natsir mengatakan kelemahan akal manusia daripada mencapai hakikat tentang Allah bukanlah merupakan sesuatu kecatatan[17].Namun kelemahan akal itu untuk menunjukkan ia ada batasnya dan sebagai pembatasan terhadap tugasnya.Walaubagaimana pun kelemahan akal tersebut tidak menghalang manusia untuk menggunakan metod akal bagi menetapkan sifat-sifat dan mendekatkan diri kepada Allah taala.Ianya boleh digunakan dengan memikirkan penciptaan Allah taala di bumi ini.
Oleh yang demikian akal merupakan satu naluri ,tabiat dan hakikat semulajadi yang tersemai dalam jiwa manusia.Melalui hakikat dan naluri tersebutlah manusia mampu dan bersedia untuk memahami dan menerima segala ilmu pengetahuan yang diajar.
Beliau juga berpendapat ,akal boleh diibaratkan dan diumpakan cahaya nur yang dicampakkan dalam hati manusia,dengan nur ini mereka mendapat sesuatu atau juga untuk mendapat petunjuk .Selain itu juga akal dapat membezakan antara yang baik dan jahat[18] .
Seandainya seseorang itu tidak mengetahui sesuatu perkara maka ia hendaklah berusaha mengarahkan akalnya supaya bertanya kepada orang yang berpengatahuan.Sebagaimana firman Allah taala dalam surah A-Nahl ayat 43 :
فسألوا اهل الذكر ان كنتم لاتعلمون
Maksudnya:
Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan,jika kamu tidak mengetahuinya.
Oleh yang demikian akal adalah istemewa dalam islam khususnya dalam menyelesaikan persoalan-persoalan yang baru sehingga manusia boleh mencapai hikmat dan maslahat daripada akal tersebut.
Manakala menurut Prof.Dr H.M Rasjidi.falsafah islam adalah falsafah Greek,khususnya falsafah plato.Aristotles dan Plotinus atau Neo-Platonisme.Idea-idea dari tiga aliran ini masuk dan menyerap ke dalam dunia islam,dan akibatnya banyak persoalan falsafah Greek itu diberi gambaran islam[19].Adapun tentang Neo-Platonisme,tidak syak lagi ajaranya yang terpenting ialah tentang doktrin emanasi(Al-Faidh),bahawa alam bukanya dijadikan dari tiada kepada ada tetapi ianya mengalir daripada yang asal atau tuhan .Inilah pokok-pokok pemikiran falsafah daripada tiga orang tokoh tersebut,yang pemikiranya berpengaruh besar di dalam dunia islam.
Sementara ulama tersohor pada masa kini Prof Dr Yusuf Al-Qardhawi berkata “ketahuilah bahawa semua ilmu pengetahuan itu adalah sebahagian daripada fiqh,kerana seseorang manusia yang faqih berhajat kepada semua jenis ilmu tentang akhirat dan dunia sama ada masalah tentang yang serius atau remeh atau ilmu yang berkaitan tentang perbezaan idea dan pertentangan pendapat[20].
Selain itu juga beliau berpendapat akal menurut perspektif islam tidak bertentangan dengan wahyu dan as-sunnah,sebaliknya akal adalah bukti kepada kebenaran wahyu.Justeru ,para pengkaji dari kalangan umat islam menganggap akal adalah asas kepada naqal (wahyu) kerana jikalau tanpa kewujudan akal sudah pasti kita tidak akan tahu tentang kewujudan allah S.W.T,kita tidak akan dapat menegakkan dalil-dalil tentang adanya allah taala dan tidak dapat menghapuskan fahaman golongan athies.Tanpa akal maka tiadalah hujah untuk membuktikan kemungkinan dan kebenaran wahyu,Kebenaran para nabi dan rasul yang mana penutupnya adalah rasulullah S.A.W.[21]
Ini dibuktikan oleh Allah dalam Al-Quran yang menjelaskan kebenaran Al-Quran kepada pujangga arab,firman Allah taala:
قل لن اجعت الإنس والجن على أن يأ توا بمثل هذا القرأن لا يأتون بمثله ولو كان بعضهم لبعض ظهيرا
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad) sesungguhnya jika sekelian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini,mereka tidak akan dapat sebanding denganya ,walaupun mereka bantu membantu sesama sendiri[22].
Namun akal mempunyai lingkungan yang tidak,tidak wajar melampauinya,jika tidak ianya akan tersesat ke lembah kesesatan.Lingkungan akal hanya dalam lingkungan makhluk yang banyak ,sementara hal-hal yang berkaitan dengan zat Allah taala dan keagungan serta kedudukanya,akal tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mengetahuinya.Lebih utama bagi hamba untuk mengambil wahyu daripadanya setelah mana terbukti kebenaranya [23].
[1] Al-Ghazali,Mi’yar Al-‘Ilm Fi Fann Al-Mantiq,Dar Al-Andalus,Beirut,1946 M,hal 29
[2] Al-Ghazali,Raudah At-Talibin Wa Umdah Al-Salikin Dar Al-Nahdah Al-Hadithsah,Beirut hal 6
[3] Al-Ghazali,Ihya Ulum Al-Din ,Jilid 1,Dar Al-Ma’rifah,Beirut,hal 85-86.
[4] Dr.Abdul Rahman Hj.Abdullah,Edisi 2007,Sejarah dan Tamadun Islam,Alor Star,Pustaka Darussalam,H 374
[5] Mohd Fauzi b Hamat,1997,Jurnal Usuluddin bil 6,diterbitkan oleh : bahagian Pengajian Usuludin,Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
[6] Lihat mukadimah kitab Naqd Al-Mantiq ,Abd Al-Rahman,1951, Al-Wakil dalam Ibn Taimiyyah,Ahmad Ibn Abd Halim,Naqd Al-Mantiq,kaherah Mesir ,Maktabah Al-Sunnah Al-Muhammadiyyah ,hal 15
[7] Abu Nasr Al-Farabi,Kitab Araa’ Ahl-Madinah Al-Fadilah,Beirut ,Dar Al-Masyriq,198 berita6 ,hal 101.
[8] Ibid
[9] Dr Oemar Amin Hoeisin,Filsafat Islam,Bulan Bintang,Jakarta,hal 101.
[10] Al –Istiqamah,H 14,Minjahus Sunnah An Nabawiyah,Juz 2,H 101
[11] Dr Thiblawy Mahmoud Saad,2004,Tasauf Menurut Ibn Taimiyyah,Kuala Lumpur,Darul Nu’man,H 99
[12]Abu Al-Walid Muhammad Bin Ahmad Bin Rusyd, Kitab Fasl Al-Maqal Wa Taqrir Ma Baina AL-Syariah Wa Al- Hikmah Min Al-Ittisal,Ter,2006,Middle Eastern Graduates Centre Sdn Bhd,Hlm xv
[13] Ibid Hlm xvi
[14] Ibid,H 98
[15] Dr Muhammad Fauzi bin Hamat,2005,Kertas Kerja dalam Seminar Antarabangsa Budaya Dan Pemikiran Antara Negara China Dan Malaysia,anjuran Fakulti Pengajian Islam,UKM dengan kerjasama Dewan bahasa dan Pustaka,Beijing Forein Studis Universiti ,China dan IRCICA,OIC Beijing Studies Universiti,Beijing China pada 6-12 Jun 2005.
[16] Ibid.
[17] Ab.Aziz Mohd Zin,Cetakan 3 2006,Pengantar Dakwah Islamiah,Penerbit Universiti Malaya,Hlm 169
[18] Opcit,Hlm 169
[19]Koreksi Terhadap Dr Haron Nasution,Prof ,Dr .H.M Rasjidi,1997,H 114
[20] Prof Dr Yusuf Al-Qardhawi,Fatwa antara ketelitian dan kecerobohan,1996,Selangor,Thinkers Library,H 20
[21] Prof Dr Yusuf Al-Qardhawi (1996),Pengantar Pengetahuan Islam,Penterjemah Mohammad Zaini Yahya,Selangor : Thinkers Library Sdn Bhd,hal 348.
[22] Al-Isra’Juz 17,Ayat 88