PANDANGAN TOKOH TRADISIONAL DAN MODEN BERKAITAN AL ‘AQL
PANDANGAN TOKOH TRADISIONAL
Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa “Al-Aql” didefinisikan dengan pelbagai pengertian kerana ianya diterima pakai dalam pelbagai bidang oleh pihak yang berbeza orientasi pemikiran,matlamat dan metodologi .
Manakala di dalam kitabnya “Raudah At-Talibin” beliau mentakrifkan akal dengan dua pentakrifan.Definisi yang pertama akal dikenali sebagai ilmu mengenai pelbagai perkara,oleh itu ia merupakan ungkapan tentang sifat ilmu yang tersimpan di hati.Definisi yang kedua ialah akal merupakan daya yang menangkap atau memahami ilmu.Oleh itu ianya merupakan hati,iaitu daya halus yang merupakan hakikat manusia.Beliau juga berpendapat akal adalah sumber ,tempat terbitnya ilmu seperti mana buah yang terbit daripada pokok.
Manakala di dalam kitab masyhurnya “Ihya Ulum Al-Din” beliau berpendapat akal ialah sifat yang membezakan manusia dengan haiwan,ianya disediakan untuk manusia bagi menerima ilmu teoritis dan mentadbir kemahiran berfikir yang tersembunyi .
Selain itu juga beliau juga berpendapat akal adalah satu ilmu dan pengetahuan yang dapat mempastikan sesuatu kemungkinan terhadap perkara-perkara yang mustahil untuk berlaku dalam kehidupan manusia.
Manakala di dalam keadaan yang lain Abu Hamid Al-Ghazzali menolak fahaman ini,walaupun pada beliau pernah berkecimpung dalam ilmu dan bidang ini,Imam Al-Ghazzali juga pernah mengkafirkan golongan filosuf-filosuf kerana pendapat berikut:
- Kepercayaan tentang qadimnya alam dan keazalianya(tiada permulaan dan kekal)
- Tuhan tidak mengetahuiperincian terhadap kejadian-kejadian alam.
- Pengingkiran kebangkitan jasmani.
Kerana keraguanya dalam ilmu falsafah,Al-Ghazzali akhirnya beralih kepada ilmu tasawuf ,dan menjadi tokoh dalam ilmu tasawuf sehinggakan pemikirannya menjadi terkenal dalam dunia islam,Pemikiran pengaruh falsafah yunani yang sangat berkembang pada zaman Al-Kindi,Al-Farabi,dan Ibn Sina mengalami zaman keruntuhan akibat pengaruh Imam Al-Ghazzali.
Imam Al-Ghazali juga menunjukkan keterbukaan bagi mendekati disiplin ilmu mantiq.Beliau secara terbuka menerima ilmu mantiq dengan anggapan bahawa ia adalah alat bagi semua ilmu pengetahuan.Beberapa hasil karya yang dihasilkan adalah untuk menjelaskan kedudukkan ini kepada masyarakat di zamanya .yang sebahagiannya memandang jijik terhadap warisan Aristotle ini.
Walaupun beliau bersikap terbuka terhadap ilmu mantiq tetapi beliau amat berwaspada dengannya.Ini kerana terbukti bahawa terdapat golongan yang gagal mematuhi kaedah mantiq dalam rangka menegakkan pandangan peribadi.Menerusi kitabnya beliau mengkritik golongan yang telah melencong daripada lunas kebenaran .Beliau mengkritik ahli falsafah yang gagal menuruti kaedah mantiq yang telah disepakati dalam membahaskan persoalan ketuhanan.Kritikan ini telah dianggap oleh Ibn Taimiyyah sebagai membuktikan sikapnya terhadap disiplin ilmu mantiq yang amat dikagumi pada peringkat awal kehidupannya.
Berdasarkan kepada huraian diatas dapat dirumuskan al-Imam al-Ghazali telah menunjukkan sikap keterbukannya menerima mantiq Greek sebagai satu alat pengukur,penimbang,dan penentu kesahihan pandangan bagi ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh manusia.
Al-Farabi pula berpendapat akal manusia terbahagi kepada tiga jenis,yang pertama digelar sebagai “Al-Aql Al-Hayulani” juga disebut sebagai “Al-Aql Bil Al-Quwwah” yang menbawa maksud akal manusia sendiri.Akal ini mempunyai tenaga berfikir dan berusaha untuk melepaskan diri daripada unsur-unsur kebendaan .
Sementara jenis yang kedua pula,”Al-Aql bi Al-Fi’lu” iaitu yang Berjaya melepaskan diri dari unsur kebendaan .Tahap kedudukan ini adalah lebih tinggi daripada peringkat pertama kerana ilmu yang diperolehi melaulinya adalah dalam bentuk sebenar dan bersih dari kebendaan.
Manakala jenis yang ketiga ialah “ Al-Aql Al-Mustafad” yang berkedudukan lebih tinggi dari keduanya,hal ini kerana ilmu pengetahuan yang diperolehi melaluinya bersifat sempurna.
Secara kesimpulanya Al-Farabi menjelaskan kekuatan manusia adalah pada akalnya ,kerana denganya manusia perolehi kecerdasan,dapat membezakan yang baik dan buruk.Tambahan lagi dengan akal itulah manusia memperolehi seni dan pengetahuan dengan kekuatan fikiran juga ianya dapat menyatu dan memisahkan .
Ibn Taimiyyah pula berpandangan bahawa,begitu pandainya orang-orang yang menganut fahaman ilmu kalam itu menimbun dasar tingkah laku mereka yang sebenar,sehinggakan para ulama fiqh dan tasauf tidak mengetahui akibat kerosakan yang ditimbulkanya.Selain itu juga beliau menjelaskan ,bahawa ada beberapa orang yang menyusun kitab berkaitan ilmu kalam menggapnya sebagai dasar pengetahuan kaum muslimin ,padahal ilmu tersebut bersumberkan daripada orang-orang yahudi .
Selain itu juga Imam Ibn Taimiyyah juga ada mengarang kitab “Dar-u Ta’arudlil Aqli Wan Naqli” dan kitab “Minjahus Sunnah An –Nabawiyyah” untuk mengutuk fahaman ilmu kalam.
Sementara Ibn Rusyd menggunakan perkataan “hikmah” dan “syariah”.Penggunaan dua istilah ini sangat kurang dipopularkan dalam wacana ketegangan antara akal dan wahyu dalam islam.”Hikmah adalah istilah al-quran yang tidak pernah dipertentangkan oleh para ulama,termasuk yang ortodoks.Begitu juga dengan syariah.Di sini kita boleh melihat kebijaksanaan Ibn Rusyd dan kecerdikanya dalam memilih istilah.
Ibn Rusyd sendiri mentakrifkan “hikmah”dengan pengetahuan ,bahkan menurutnya “hikmah bukan sekadar pengetahuan biasa seperti matematik,fizik tetapi ianya adalah pengetahuan yang dasar,fundamental dan asas.
Bagi beliau “hikmah” adalah falsafah,sementara syariah adalah ajaran yang terkandung di dalam Quran.Dengan dalil seperti itu Ibn Rusyd menganggap bahawa falsafah katadalah tidak haram dan mempelajarinya tidak dilarang islam.
Terdapat juga ulama-ulama sufi yang mengecam fahaman ilmu kalam ,mereka adalah Syeikh Al-Ansari Al-Harwie dalam kitabnya “Dzammul Kalam”,Abu abdul Rahman As-Silmi,golongan ini selalu memohon perlindungan kepada allah agar dijauhi dari pengaruh ilmu ini.
Abu Thalib Al-Makki mengarang kitab berjudul “Qutul Qulub”makanan hati) sebagai penjelasan kepada orang-orang yang belum mengetahui ilmu kalam .Dan pada bab Dzikrul Ilmi dan Tariqus Salaf,beliau mengecam fahaman ini.
Manakala seorang tokoh islam yang lain iaitu Ibn Khaldun di dalam kitabnya yang terkenal iaitu Al-Muuqaddimah .Beliau telah memperkenalkan penggunaan akal fikiran melalui asas pemikiran berkaitan dengan budaya berfikir kritis yang sejajar dengan tradisi ilmu islam
Penjelasan Ibn Khaldun dalam kitabnya Al-Muqaddimah tentang pemikiran kritis banyak terkandung dalam teorinya mengenai sejarah.Dalam memperkatakan perihal falsafah sejarah,beliau telah menggariskan beberapa budaya berfikir dengan menggunakan akal fikiran yang sihat yang bersifat kontra kepada pemikiran kritis dan kreatif.
Antara yang disentuh oleh Ibn Khaldun ialah keperluan akal manusia untuk bersikap teliti,tidak mudah percaya kepada sesuatu tanpa usul periksa ,bersika[ objektif ,adil,tidak bersikap taksub dan fanatik kepada aliran atau mazhab ,tidak berbudaya membodek pihak kuasa untuk mencapai kepentingan peribadi dan sebagainya.
Ibn Khaldun berkata antara sebab yang menghalang suburnya budaya menggunakan akal secara kritis dan kreritis dan kreatif adalah adanya sikap taksub dan fanatik terhadap mazhab dan kumpulan sendiri,Menurut beliau lagi seseorang yang berada dalam keadaan normal dan tidak dipengaruhi oleh sikap ketaksuban sudah tentu dia menerima berita,ia akan meneliti dan menyiasat kandungan berita atau fakta yang diterima dengan akal yang waras bagi mengenal pasti kebenaran dan kepalsuan sesuatu berita tersebut.Namun ,apabila akal tersebut telah diselaputi oleh perasaan ketaksuban yang melampau ,ianya hanya menerima apa-apa sahaja pandangan yang serasi dengan aliran mazhab yang dipegangnya tanpa meneliti dan menilai terlebih dahulu.Sifat tersebut akan menutup mata hati ,termasuk akalnya dari meneliti secara kritis dan kreatif dan hal ini akan mendorong berlakunya pembohongan dan ianya akan terus merebak dalam masyarakat
PANDANGAN TOKOH KOTEMPORARI
Muhammad Natsir mengatakan kelemahan akal manusia daripada mencapai hakikat tentang Allah bukanlah merupakan sesuatu kecatatan.Namun kelemahan akal itu untuk menunjukkan ia ada batasnya dan sebagai pembatasan terhadap tugasnya.Walaubagaimana pun kelemahan akal tersebut tidak menghalang manusia untuk menggunakan metod akal bagi menetapkan sifat-sifat dan mendekatkan diri kepada Allah taala.Ianya boleh digunakan dengan memikirkan penciptaan Allah taala di bumi ini.
Oleh yang demikian akal merupakan satu naluri ,tabiat dan hakikat semulajadi yang tersemai dalam jiwa manusia.Melalui hakikat dan naluri tersebutlah manusia mampu dan bersedia untuk memahami dan menerima segala ilmu pengetahuan yang diajar.
Beliau juga berpendapat ,akal boleh diibaratkan dan diumpakan cahaya nur yang dicampakkan dalam hati manusia,dengan nur ini mereka mendapat sesuatu atau juga untuk mendapat petunjuk .Selain itu juga akal dapat membezakan antara yang baik dan jahat .
Seandainya seseorang itu tidak mengetahui sesuatu perkara maka ia hendaklah berusaha mengarahkan akalnya supaya bertanya kepada orang yang berpengatahuan.Sebagaimana firman Allah taala dalam surah A-Nahl ayat 43 :
فسألوا اهل الذكر ان كنتم لاتعلمون
Maksudnya:
Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan,jika kamu tidak mengetahuinya.
Oleh yang demikian akal adalah istemewa dalam islam khususnya dalam menyelesaikan persoalan-persoalan yang baru sehingga manusia boleh mencapai hikmat dan maslahat daripada akal tersebut.
Manakala menurut Prof.Dr H.M Rasjidi.falsafah islam adalah falsafah Greek,khususnya falsafah plato.Aristotles dan Plotinus atau Neo-Platonisme.Idea-idea dari tiga aliran ini masuk dan menyerap ke dalam dunia islam,dan akibatnya banyak persoalan falsafah Greek itu diberi gambaran islam.Adapun tentang Neo-Platonisme,tidak syak lagi ajaranya yang terpenting ialah tentang doktrin emanasi(Al-Faidh),bahawa alam bukanya dijadikan dari tiada kepada ada tetapi ianya mengalir daripada yang asal atau tuhan .Inilah pokok-pokok pemikiran falsafah daripada tiga orang tokoh tersebut,yang pemikiranya berpengaruh besar di dalam dunia islam.
Sementara ulama tersohor pada masa kini Prof Dr Yusuf Al-Qardhawi berkata “ketahuilah bahawa semua ilmu pengetahuan itu adalah sebahagian daripada fiqh,kerana seseorang manusia yang faqih berhajat kepada semua jenis ilmu tentang akhirat dan dunia sama ada masalah tentang yang serius atau remeh atau ilmu yang berkaitan tentang perbezaan idea dan pertentangan pendapat.
Selain itu juga beliau berpendapat akal menurut perspektif islam tidak bertentangan dengan wahyu dan as-sunnah,sebaliknya akal adalah bukti kepada kebenaran wahyu.Justeru ,para pengkaji dari kalangan umat islam menganggap akal adalah asas kepada naqal (wahyu) kerana jikalau tanpa kewujudan akal sudah pasti kita tidak akan tahu tentang kewujudan allah S.W.T,kita tidak akan dapat menegakkan dalil-dalil tentang adanya allah taala dan tidak dapat menghapuskan fahaman golongan athies.Tanpa akal maka tiadalah hujah untuk membuktikan kemungkinan dan kebenaran wahyu,Kebenaran para nabi dan rasul yang mana penutupnya adalah rasulullah S.A.W.
Ini dibuktikan oleh Allah dalam Al-Quran yang menjelaskan kebenaran Al-Quran kepada pujangga arab,firman Allah taala:
قل لن اجعت الإنس والجن على أن يأ توا بمثل هذا القرأن لا يأتون بمثله ولو كان بعضهم لبعض ظهيرا
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad) sesungguhnya jika sekelian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini,mereka tidak akan dapat sebanding denganya ,walaupun mereka bantu membantu sesama sendiri.
Namun akal mempunyai lingkungan yang tidak,tidak wajar melampauinya,jika tidak ianya akan tersesat ke lembah kesesatan.Lingkungan akal hanya dalam lingkungan makhluk yang banyak ,sementara hal-hal yang berkaitan dengan zat Allah taala dan keagungan serta kedudukanya,akal tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mengetahuinya.Lebih utama bagi hamba untuk mengambil wahyu daripadanya setelah mana terbukti kebenaranya .
1 comment:
Allahuakbar..mudah-mudahan mendapat berkat dan jadik ulamak gak satu hari nanti yer hayazie..hehehehe...(carik couple len laa plak..asyik mD Nor ja..hahahaha)
Post a Comment